Syarat Permohonan Biasiswa JPA Ijazah

Syarat Kelayakan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara PIDN. Apakah syarat kelayakan biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negera (PIDN) yang harus dipatuhi? Jika anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana kolej di Malaysia dan bercadang untuk memohon tajaan JPA anda harus membaca ini. Terdapat syarat-syarat asas yang perlu anda tahu untuk memohon Biasiswa JPA PIDN untk belajar di universiti di Malaysia. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan biasiswa JPA PIDN untuk memudahkan anda memahami dan memohon biasiswa JPA PIDN nanti.

Terdapat 2 kategori syarat kelayakan biasiswa JPA PIDN  iaitu syarat asas dan syarat kelayakan akademik.

Tarikh tutup permohonan untuk tahun ini ialah 18 Mei to 24 Mei 2015 .

Bagaimana untuk memohon

Sila hantar permohonan anda menerusi aplikasi online (JPA scholarship online application form) di Permohonan Online Biasiswa JPA PIDN

Jika terdapat apa-apa pertanyaan sila berhubung denga pihak JPA PIDN melalui maklumat di bawah

scholarship requirements to applying for scholarship with JPA. scholarship for diploma or degree program.


A. For technical problems, call 03-88853453, 03-88853541, and 03-88853552
B. For queries, email pidn2014.bmi@jpa.gov.my

Berikut ialah syarat kelayakan Biasiswa JPA PIDN

Syarat Kelayakan (JPA scholarship requirements) untuk memohon Biasiswa JPA PIDN.

A. Syarat-syarat Asas (Basic requirements for scholarship)

i. Warganegara Malaysia;
ii. Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2015;
iii. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
iv. Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
v. Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

Ketahui Lebih 88 Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Dengan Klik Gambar Ini.

B. Syarat Khusus Kelayakan Akademik (Academic requirements for scholarships)

1.SPM 
-Minimum 7 A- termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu
-untuk Diploma

2.Bagi pelajar tahun satu dan ke atas di IPTA adalah menggunakan CGPA terkini
-CGPA 3.30
-untuk Ijazah Pertama

3.Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara
-CGPA 3.50 / 70% / HD / B
-untuk Ijazah Pertama

4.Matrikulasi/Asasi/STPM
-CGPA 3.75
-untuk Ijazah Pertama

5.Diploma/Lepasan Diploma
-CGPA 3.5
-untuk Ijazah Pertama

Kepada anda yang berminat dan layak untuk memohon, anda boleh menghantar permohonan anda melalui sistem permohonan online JPA PIDN 2015. Semoga syarat kelayakan biasiswa JPA PIDN ini memberi anda sedikit sebanyak pengetahuan untuk membuat permohonan anda kelak.

Comments

  1. Keputusan diploma saya secara keseluruhan CGPA 3.62. Saya menuntut bukan IPTA semasa diploma. Untuk degree nak masuk IPTA. Adakah saya layak memohon JPA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengenalan Biasiswa

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional - Pinjaman Boleh Ubah