SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA PERSEKUTUAN

Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa Persekutuan JPA Untuk Pengajian Di Institusi Tempatan (IPT) 1 LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK PENGAJIAN DI UNIVERSITI/ INSTITUSI TEMPATAN (IPT) 1. PERINGKAT PENAJAAN Pelajar dikehendaki mengikuti pengajian sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Surat Tawaran. 2. PERJANJIAN ( a ) Pelajar dan Penjamin dikehendaki menandatangani Perjanjian Biasiswa Persekutuan dan akan terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian kelak. ( b ) Cara mengisi perjanjian berkenaan adalah seperti yang terdapat di dalam ‘Panduan dan Peraturan Mencetak Serta Mengisi Dokumen Perjanjian’ yang dimuat turun dari Sistem ePenawaran yang dikembarkan bersama-sama ini. Perjanjian yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Jabatan ini pada tarikh seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran. Kegagalan atau kelewatan mengembalikan Perjanjian ini akan mengaki...