Biasiswa Yayasan Sabah 2018



Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 

  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Berumur 17 tahun dan keatas
  • Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
  • Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah

Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 


Kursus Diploma


Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM) dengan  memperoleh  sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus  dengan  kepujian  dalam  mata  pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda


Lulus  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM) dengan  memperoleh sekurang-kurangnya gred  B dalam empat  (4)  mata  pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. 

Lulus  Matrikulasi dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan,  Pergigian dan Farmasi perlu  mendapat  sekurang-kurangnya  CGPA  3.5 di  peringkat  STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online

Sila layari: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Comments

  1. Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.saya selaku penuntut diploma kejuruteraan teknologi penyelenggaraan mesin di German-Malaysian Institute (GMi) bangi Selangor. Saya 100% sabahan berbangsa dusun. Saya ingin memohon biasiswa/tajaan daripada yayasan sabah, namun syarat yang tertera adalah tinggi bagi pemohon diploma, saya mempunyai impian dan hasrat belajar yang sangat tinggi tapi lantaran syarat yang dikenakan oleh pihak yayasan sabah untuk tajaan bagi diploma menyebabkan niat murni saya untuk belajar hampir terbantut. Keputusan semester 1 saya adalah cgpa 3.1 dan kini saya di semester 2.saya sangat memerlukan biasiswa dan tajaan daripada yayasan sabah. Kedua ibubapa saya ialah petani dan kesihatan mereka semakin lama semakin susut.saya harap pertimbangan daripada yayasan sabah dapatlah melihat coretan saya didalam ruangan komen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengenalan Biasiswa

Syarat Permohonan Biasiswa JPA Ijazah

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional - Pinjaman Boleh Ubah