Senarai Biasiswa 2018 Untuk Lepasan SPM/STPM

Senarai Biasiswa untuk pengajian sesi 2017/2018. Saya merupakan bekas pelajar IPTA, dan saya juga merupakan bekas penerima biasiswa Maybank serta peminjam PTPTN. Saya tahu betapa perit dan susahnya untuk sambung belajar andai tidak mempunyai sokongan kewangan yang mantap. Apatah lagi jika berasal dari keluarga yang serba kekurangan.



Seperti sedia maklum, kos untuk menyambung pelajaran dan pendidikan ke peringkat lebih tinggi bukannya murah. Bergantung kepada pemilihan kursus tertentu, kos untuk belajar dalam jurusan sains di IPTA misalnya, boleh mencecah sehingga RM10K hingga RM20K untuk tempoh sehingga 10 semester. Ini cuma anggaran kasar hanya untuk kos pengajian sahaja, belum masuk lagi kos sara hidup yang boleh membuatkan kos sambung belajar menjadi sehingga RM30K-RM50K sehingga tamat pengajian (kalau tamat dalam tempoh sepatutnya).

Senarai Biasiswa 2018 Untuk Lepasan SPM/STPM

Kerana itu, saya cuba senaraikan peluang untuk mendapatkan sokongan kewangan daripada sumber-sumber seperti NGO, syarikat antarabangsa, syarikat tempatan, badan berkanun dan juga sektor awam serta swasta. Moga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak memberikan laluan lebih baik untuk mereka yang mahu menyambung pelajaran di dalam bidang yang diinginkan.

Biasiswa DYMM Agong - JPA 2018

Permohonan secara online akan mula dibuka pada 7 Mac sehingga 18 Mac 2018. Permohonan serta keterangan berkaitan biasiswa ini boleh didapati menerusi pautan berikut - Portal Pembangunan Modal Insan SPA. Untuk lepasan SPM 2015 yang berminat untuk sambung belajar ke Jepun, Korea, Perancis atau Jerman, boleh lihat iklan dan syarat permohonan di sini - Program Khas Kejuruteraan 2018

Biasiswa PETRONAS - Program PESP

Permohonan perlu dilakukan secara online menerusi pautan berikut - Petronas Education Sponsorship Programme. Tutup: Mac 2018.

Biasiswa Bank Negara Malaysia 2018

Permohonan secara online, tarikh tutup permohonan adalah 9 Mac (Pra-Universiti) dan 30 April (Ijazah). Permohonan boleh dibuat menerusi pautan ini - BNM 2018 Scholarship

Biasiswa UEM

Tarikh tutup permohonan adalah 20 Mac 2018. Dikhaskan untuk permohonan program Ijazah di IPT berikut - Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Semua cawangan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Multimedia University (MMU). Info dan maklumat berkaitan permohonan biasiswa boleh dirujuk menerusi pautan berikut - UEM Scholarship 2018

Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2018

Biasiswa untuk lepasan SPM 2015 melanjutkan pengajian di luar negara. Info berkaitan biasiswa ini boleh anda lihat di pautan berikut - Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2018. Borang pula boleh anda muat turun di pautan berikut -  Borang Permohonan Biasiswa PNB 2018. Tarikh tutup permohonan adalah pada Mac 2018.

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2018

Ada banyak senarai biasiswa dan pinjaman boleh ubah yang diberikan menerusi Yayasan Tenaga Nasional. Ia meliputi program Diploma serta Ijazah Sarjana Muda luar dan dalam negara. Tarikh tutup permohonan bergantung kepada jenis permohonan yang anda buat. Untuk info lebih lanjut serta cara memohon biasiswa ini, anda boleh rujuk ke laman berikut - Permohonan Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan TNB 2018

Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM) 2018

Permohonan adalah dibuka untuk 3 kategori, iaitu untuk dalam negara, luar negara dan juga kemasukan ke Ijazah Pertama MMU. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Mac 2018. Untuk permohonan, anda boleh lakukan secara online menerusi pautan berikut - Permohonan Online Biasiswa YTM. Butiran mengenai biasiswa ini, anda boleh baca di laman web rasmi TM atau pautan berikut - Talent-A Yayasan TM Scholarship 2018

Program Biasiswa Yayasan Sime Darby 2018

Permohonan sedang dibuka untuk mereka yang layak bagi mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Sime Darby untuk beberapa program terpilih. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 April 2018. Program tersebut adalah YSD Excellence Scholarship Programmes,
YSD Bursary Programmes dan YSD Skill Enrichment Programmes. Info lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut - Biasiswa Yayasan Sime Darby Malaysia 2018

Maybank Scholarship Award 2018

Permohonan dibuka untuk calon SPM 2017 yang layak sebelum 20 Mac 2018. Anda boleh rujuk laman web berikut untuk permohonan - Maybank 2018 Scholarship Award dan muat turun borang permohonan biasiswa ini di pautan berikut - Borang Biasiswa Maybank 2018

Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan

Terbuka hanya untuk anak-anak Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Pertama di IPT tempatan. Untuk info lanjut dan tarikh tutup permohonan boleh lihat di laman web berikut - Yayasan WP, terdapat juga bantuan awal untuk memulakan pengajian, dan beberapa bantuan lain untuk pendidikan.

Biasiswa Intel

Untuk memohon biasiswa ini, anda perlu muat turun dan isi borang yang disediakan di sini - Borang Biasiswa Intel, kemudian menghantarnya menerusi email berserta resume, kelayakan akademik anda ke email berikut - malaysia.staffing@intel.com. Biasiswa sebanyak RM10K setahun akan diberikan bagi ijazah sarjana muda.

The Star Education Fund 2018

Permohonan boleh dilakukan menerusi muat turun borang yang disediakan menerusi pautan berikut - Form The Star Education Fund 2018 dan hantar secara pos ke alamat yang disertakan di dalam borang sebelum Mac 2018.

Biasiswa Yayasan Khazanah

Ada pelbagai program pembiayaan disediakan oleh Yayasan Khazanah, anda boleh memilih mana yang sesuai dengan kelayakan anda. Untuk info, permohonan online sebelum Mac 2018, boleh layari laman web berikut - Permohonan Online Biasiswa Yayasan Khazanah

Biasiswa PIDM 2018

Biasiswa PIDM 2016
Biasiswa diberikan meliputi yuran pengajian serta wang sara hidup untuk calon-calon yang layak. Mereka yang layak untuk menerima biasiswa ini akan diberikan wang sara diri sehingga RM500 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makan minum, belanja buku, dan sebagainya. Untuk memohon dan butiran lanjut mengenai tawaran Biasiswa PIDM 2018, boleh rujuk laman berikut - PIDM Scholarship 2018, tarikh tutup permohonan adalah pada April 2018.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Satu lagi sumber bantuan kewangan untuk lepasan SPM/STPM melanjutkan pengajian untuk sesi pengajian 2018/2019. Kepada yang berminat untuk memohon biasiswa ini, anda boleh layari laman web berikut - Biasiswa Tunku Abdul Rahman, malah terdapat bantuan kewangan untuk 2 semester disediakan bagi yang terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan semasa.

Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi 

Beberapa peluang biasiswa dan pinjaman ada ditawarkan oleh KPT Malaysia, anda boleh semak penawaran menerusi laman web berikut - Biasiswa MOHE

Ada banyak lagi peluang untuk memohon peruntukan, pinjaman serta biasiswa pendidikan bagi lepasan SPM serta STPM. Anda perlu rajin mencari samada melihat di akhbar tempatan, melayari portal organisasi tertentu atau membuat Google Search. Ada yang boleh anda mohon secara online, ada yang perlu mengisi borang dan dihantar secara pos.

Peluang pembiayaan pendidikan juga boleh didapati menerusi Baitulmal, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam, malah syarikat-syarikat seperti Karangkraf, Media Prima, NSTP, dan sebagainya.

Usaha tangga kejayaan. Semoga berjaya.


SUMBER : http://www.hasrulhassan.com/2016/03/senarai-biasiswa-2016-untuk-lepasan.html

Comments

  1. Semoga... dikau dirahmati Allah sentiasa. Sudi membantu compilekan begini..

    ReplyDelete
  2. Ada tak senarai biasiswa atau bantuan pelajaran utk pljr yg pointer bawah 3.00 tapi berhsrat ingin menyambung pljran Dan Ada tak agency biasiswa/ bantuan yg diberikan pljar tersebut boleh bekerja dgn pihak yg memberi bntuan utk membyr balik pembiayaan trsebut hingga selesai?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengenalan Biasiswa

Syarat Permohonan Biasiswa JPA Ijazah

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional - Pinjaman Boleh Ubah